<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8008527874280205625?origin\x3dhttp://chewani.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
9.6.09 10:24 PM

Baru saja aku letakkan pen berdakwat merah di sisi buku nota berkulit hitam, baru saja aku menuliskan kerinduan aku pada bumi Sarawak dan daerah Serian dan sekolah Merbau dan anak-anak kampung yang manis-manis itu, telefon bimbit aku berbunyi.



Ia panggilan dari jauh, dari tempat yang aku rindu-rindukan.



Aku tahu dia hanya meminjam telefon ibunya. Aku pun tahu dia takkan punya kredit berlebih-lebih untuk bercakap panjang dengan aku maka aku dail semula nombor telefon itu.



"Hello. Siapa ni?"

"Rano."

"Kamu tengah buat apa Rano?"

"Tengok tv, dengar lagu. Cikgu dah makan?"

"Bedau. Macam mana Hari Gawai? Seronok?"

"Seronok."

"Buat apa cuti-cuti ni?"

"Main."

"Main saja? Tak baca buku? Main-main jugak, ada masa tu baca buku tau."

"Ada saya baca buku. Cikgu, Dayang nak cakap dengan awak.."





"Kakak, apa khabar?"

"Kakak sihat, kakak di Selangor sekarang ni."

"Rindu la dengan kakak. Bila kakak nak balik?"

"Sama la. 14hb ni kakak balik.. lagi seminggu. Macam mana Gawai?"

"Kakak tak ada di sini, kalau tak boleh kita ngabang sama-sama.."

"Ye? Tak apalah, tahun depan kakak di sana. Dominic ada? Kirim salam nanti dengan dia."

"Okey.. Jumpa lagi nanti."





"Nanti kirim salam dengan mak kamu ya, Rano."

"Ok. Esok cakap lagi."

"Ok. Bye."




Peduli apa sama ada esok akan ada masa untuk aku bercakap lagi dengan dia, malah peduli apa kalau esok itu takkan tiba pun. Aku pun tau dia takkan telefon lagi esok. Aku pun tak pasti esok itu masih ada untuk aku bangun dan terus bernafas seperti biasa. Peduli apa.



Aku bukan budak kecil lagi yang akan menangis bila bangun pagi dan tersedar yang janji-janji semalam adalah mimpi semata-mata. Aku sudah cukup dewasa untuk faham bahawa apa yang kita janjikan bukan semestinya dapat tertunai. Aku sudah cukup mengerti alam ini penuh misteri dan jalan hidup bukan mesti sentiasa lurus dan mudah dan tidak ada simpang-siur.



Cakap sajalah begitu walau esok itu kita pun sama-sama tau takkan tiba.




Sekurang-kurang untuk hari ini, sekurang-kurang, hari ini, aku boleh tersenyum dan bahagia.


-che'wani-


-waktu malaya-



-che'wani-

23 Mac 1983
Kuala Lumpur

perempuan
melayu
terakhir

-coret coret-

~Perjalanan Yang Jauh~


Jauh di seberang sana masih tidak kelihatan,
Walaupun telah lama kuredahi denai beronak duri ini,
Usah lagi dikira parut luka dan calar di atas tubuhku,
Tidak sekelumit pun bara cita-citaku kan padam.


Mana dia? Mana dia penghujung perjalanan ini?
Telah kuredah dan tempuh masih belum temui,
Tegukan kejayaan cuma menghilangkan sekelumit dahaga,
Sedangkan haus yang kurasa makin menyala-nyala.


Aku menukar dari satu jalan ke jalan lain,
Namun telah kupastikan dulu ia lurus tidak berliku,
Namun samada di sana atau di sini,
Duri tajam tetap menembusi tubuhku.


Apa kau kira jalanmu kan lebih mudah?
Ditendang digoncang takkan goyah?
Tidak! Nescaya jalanmu kan lebih berliku,
Teruskanlah asal jangan jatuh selalu.


Jauh lagi perjalanan kita,
Entah separuh pun masih belum tiba,
Aku belum tamat dan begitu juga dirimu,
Namun kuharap kita kan tetap bertemu,
Di penghujung rindu..



Muhsin Ramli,
11 Feb 1999.



-cakap cakap-






-catatan-

"Because you a teacher, you must also be a lifelong student."

"Touch your students' heart, and you will win their minds."

"Be kind to your students and they will learn kindness."

"Things never go so well that one should have no fear nor so ill that one should have no hope."