<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8008527874280205625\x26blogName\x3dcerita+che\x27wani\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://chewani.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://chewani.blogspot.com/\x26vt\x3d-7959652373651749647', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
12.6.09 3:00 PM




Bedau aku cerita tentang rami Hari Guru di sekula aku kan?


Aku tok maca perutusan timbalan perdana menteri. Laju aku maca laban aku tau nembiak enda nemu jaku aku, aku pun jemu laban ucapan ya panjai amai.


Udah ngucap-ngucap, udah berlagu, udah acara motong kek, aku lalu ke padang main bol dengai bala nembiak sereta bala pengajar.


Maia ari hangat, bala pengajar ke bilik darjah agi ngirup enggau karaoke dengai apai indai nembiak yang datai.


Pengajar sekula enggau apai indai nembiak ngiga ke aku, suruh karaoke, suruh ikut bertandak. Nak kala aku karaoke-karaoke gitu. Lagi-lagi sida ya udah palau laban sida ngirup ai cap langkau, ngirup ai tuak. Enggai aku di tok lama-lama.


Manah agi aku ngikut bala nembiak mandi di sungai kin. Lalu Hari Guru tok aku nyambut dengai nembiak, agi nyamai. Mayuh nembiak ngikut ke sungai di Kg Batu Kudi kin. Nadai aku bawa kamera nyadi nadai gambar di kin. Dudi kami pulai hari tok, sampai ke lemai kami di ai, sampai celap amai.


Malam ya aku buka adiah di meri nembiak ke aku. Mayuh adiah aku ulih. Penuh meja aku di bilik guru. Bisik cangkir, bisik bunga, bisik anak patung, bisik sabun, bisik megi, bisik beras. Terima kasih ke sida, aku sayau amai ke sida.





Aku tok ngucapkan Selamat Hari Guru ke semua pengajar-pengajar aku, ke teman-teman aku yang nyadi pengajar, ke teman-teman aku yang ukai nyadi pengajar laban aku mayuh belajar dari nuan juga, sereta ke bala nembiak laban sida pun pengajar aku.


Selamat Hari guru. Gayu guru gerai nyamai. Hehehhe.



[Nemu nuan jaku aku?]


-che'wani-


11.6.09 10:06 PM

Tiga hari aku berkursus di Kota Samarahan. Tiga hari itu aku tinggalkan sekolah dan kelas dan murid-murid aku.


Entah kenapa tiga hari itu aku rasa sungguh-sungguh rindu. Aku rindukan sekolah, rindukan murid-murid aku. Rindu yang sungguh-sungguh.


Di malam aku sendiri berteman cahaya kunang-kunang sesat berterbangan di siling, antara jaga dan lena, aku bermimpikan mereka.


Aku masih berbaring. Mereka duduk mengelilingi aku. Di kanan, kiri, sampai ke hujung kaki. Kalau selalu mereka menjadi penyeri hari-hari aku, kali ini wajah-wajah mereka menjadi pengubat rindu aku. Kunang-kunang itu masih ada hingga aku merasa aku sebenarnya bukan bermimpi, yang ada di sekeliling aku adalah roh-roh yang sengaja Tuhan hantarkan supaya mereka dekat dengan aku.


Ia mimpi yang syahdu.


Lepas tiga hari, aku balik ke sekolah. Belum pun lama, aku sudah terima berita yang buat aku rasa jantung aku bagai mahu luluh.


Aduan dari guru besar ke teman serumah aku. Kemudian teman serumah aku itu ceritakan pada teman serumah aku yang lain. Berita itu sampai pada aku.


Benda ini bukan baru. Malah di depan guru besar sendiri aku bawa anak-anak itu bersama dengan aku. Kenapa tidak waktu itu saja huraikan satu-persatu peraturan yang dia mahu aku ikut?


Aku cari saksi utama.


”Apa guru besar cakap dengan kamu?”


“Dia marah awak baik dengan kami..”

”Dia marah awak selalu ke kedai dengan kami.”

”Dia ambil semua nama orang yang pernah bermalam dengan awak.”

”Dia kata nak rotan kami semua di perhimpunan sebab datang ke rumah guru.”


Patutlah dalam mimpi aku itu wajah-wajah mereka kesayu-sayuan. Tidak ada senyum, tidak ada suara. Patutlah mimpi itu sedemikian syahdu.


”Kenapa pulak guru besar nak rotan kamu. Bukan salah kamu. Kalau dia nak rotan kamu, dia kena rotan cikgu dulu.”


”Jangan cikgu, biar kami saja yang kena hukum.”

”Cikgu, kalau guru besar suruh awak pindah sekolah macam mana?”


Aku diam. Aku senyum kelat. Hati aku masih rasa tersayat. Aku tahu guru besar itu tidak ada kuasa untuk memindahkan aku, tapi anak-anak di depan aku itu tidak tahu.


”Cikgu, bawa kami sekali..”, sayu aku dengar suara Augustine.

_________________________________________________________________


”Bukai indai nuan cikgu tok.”

”Jangan buat cikgu macam kawan kamu.”

”Cikgu tu bukan ibu kamu, bukan kakak kamu.”


Ayat-ayat itu sudah selalu aku dengar. Dari rakan-rakan guru. Dari teman serumah. Dari jaga sekolah. Aku cuma diam. Paling tidak aku senyum kelat. Selalu sungguh ayat-ayat seumpama tu dituturkan kepada murid-murid, di hadapan aku, seolah-olah aku tidah tahu mengajar pelajar bagaimana mahu hormatkan guru.


Entahlah. Murid-murid aku di dalam kelas setakat ini tidak banyak masalah. Mereka tidak melawan, patuh mendengar arahan, tak banyak membuat gangguan. Kenakalan mereka walaupun ada aku kira itu perkembangan sihat bagi usia mereka. Dan aku pun memang kadang sengaja memberi mereka ruang dan kebebasan. Biarlah sekolah jadi tempat yang menggembirakan buat mereka. Sesekali kalau ada antara mereka yang melampau aku tinggikan juga suara, aku beri hukuman juga.


Salahkah kalau aku menyayangi mereka?
Salahkah kalau aku berkawan dengan mereka?
Salahkah kalau aku merasa mereka keluarga aku?
Salahkah kalau aku memberi apa yang aku ada?
Salahkah kalau aku mengajar tanpa jerit tengking?



Dialah pemberi paling setia
Setiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.





Tolong beritahu di mana salah aku.





[*Dipetik dari puisi Guru Oh Guru, Usman Awang 1979.]


-che'wani-


9.6.09 10:24 PM

Baru saja aku letakkan pen berdakwat merah di sisi buku nota berkulit hitam, baru saja aku menuliskan kerinduan aku pada bumi Sarawak dan daerah Serian dan sekolah Merbau dan anak-anak kampung yang manis-manis itu, telefon bimbit aku berbunyi.



Ia panggilan dari jauh, dari tempat yang aku rindu-rindukan.



Aku tahu dia hanya meminjam telefon ibunya. Aku pun tahu dia takkan punya kredit berlebih-lebih untuk bercakap panjang dengan aku maka aku dail semula nombor telefon itu.



"Hello. Siapa ni?"

"Rano."

"Kamu tengah buat apa Rano?"

"Tengok tv, dengar lagu. Cikgu dah makan?"

"Bedau. Macam mana Hari Gawai? Seronok?"

"Seronok."

"Buat apa cuti-cuti ni?"

"Main."

"Main saja? Tak baca buku? Main-main jugak, ada masa tu baca buku tau."

"Ada saya baca buku. Cikgu, Dayang nak cakap dengan awak.."





"Kakak, apa khabar?"

"Kakak sihat, kakak di Selangor sekarang ni."

"Rindu la dengan kakak. Bila kakak nak balik?"

"Sama la. 14hb ni kakak balik.. lagi seminggu. Macam mana Gawai?"

"Kakak tak ada di sini, kalau tak boleh kita ngabang sama-sama.."

"Ye? Tak apalah, tahun depan kakak di sana. Dominic ada? Kirim salam nanti dengan dia."

"Okey.. Jumpa lagi nanti."





"Nanti kirim salam dengan mak kamu ya, Rano."

"Ok. Esok cakap lagi."

"Ok. Bye."




Peduli apa sama ada esok akan ada masa untuk aku bercakap lagi dengan dia, malah peduli apa kalau esok itu takkan tiba pun. Aku pun tau dia takkan telefon lagi esok. Aku pun tak pasti esok itu masih ada untuk aku bangun dan terus bernafas seperti biasa. Peduli apa.



Aku bukan budak kecil lagi yang akan menangis bila bangun pagi dan tersedar yang janji-janji semalam adalah mimpi semata-mata. Aku sudah cukup dewasa untuk faham bahawa apa yang kita janjikan bukan semestinya dapat tertunai. Aku sudah cukup mengerti alam ini penuh misteri dan jalan hidup bukan mesti sentiasa lurus dan mudah dan tidak ada simpang-siur.



Cakap sajalah begitu walau esok itu kita pun sama-sama tau takkan tiba.




Sekurang-kurang untuk hari ini, sekurang-kurang, hari ini, aku boleh tersenyum dan bahagia.


-che'wani-


5.6.09 9:56 PM

Pernah dulu aku terima sepotong mesej di telefon bimbit. Mesej itu dari anak murid aku, namanya Rano, ya, dialah yang selalu aku sebut-sebut dan selalu aku rindu-rindu itu.


Mesejnya ringkas. Tapi itu sudah cukup membuat tidur aku lena dan bangun pagi esoknya aku masih merasa bahagia.


Ini bunyi mesejnya -

"Slamat malam cikgu. I love you."



Tak beberapa lama kemudian, Tuhan mengabulkan impian aku untuk bermalam di rumah Rano. Kalau dia gembira, aku lebih-lebih lagi gembira.


Malamnya aku minta Rano tunjukkan pada aku mana letaknya tandas. Lalu dia dengan lincah dan bersemangat seperti selalu menunjukkan pada aku tandas rumahnya yang terletak tak berapa jauh ke belakang rumah.


"Di situlah saya mesej awak hari tu cikgu. Saya lagi berak waktu tu."



Ciss. Mesej di malam hening yang aku rasa penuh unsur kesyahduan dan kasih sayang itu rupanya terhasil di dalam jamban.


-che'wani-


-waktu malaya-



-che'wani-

23 Mac 1983
Kuala Lumpur

perempuan
melayu
terakhir

-coret coret-

~Perjalanan Yang Jauh~


Jauh di seberang sana masih tidak kelihatan,
Walaupun telah lama kuredahi denai beronak duri ini,
Usah lagi dikira parut luka dan calar di atas tubuhku,
Tidak sekelumit pun bara cita-citaku kan padam.


Mana dia? Mana dia penghujung perjalanan ini?
Telah kuredah dan tempuh masih belum temui,
Tegukan kejayaan cuma menghilangkan sekelumit dahaga,
Sedangkan haus yang kurasa makin menyala-nyala.


Aku menukar dari satu jalan ke jalan lain,
Namun telah kupastikan dulu ia lurus tidak berliku,
Namun samada di sana atau di sini,
Duri tajam tetap menembusi tubuhku.


Apa kau kira jalanmu kan lebih mudah?
Ditendang digoncang takkan goyah?
Tidak! Nescaya jalanmu kan lebih berliku,
Teruskanlah asal jangan jatuh selalu.


Jauh lagi perjalanan kita,
Entah separuh pun masih belum tiba,
Aku belum tamat dan begitu juga dirimu,
Namun kuharap kita kan tetap bertemu,
Di penghujung rindu..



Muhsin Ramli,
11 Feb 1999.



-cakap cakap-






-catatan-

"Because you a teacher, you must also be a lifelong student."

"Touch your students' heart, and you will win their minds."

"Be kind to your students and they will learn kindness."

"Things never go so well that one should have no fear nor so ill that one should have no hope."