<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8008527874280205625\x26blogName\x3dcerita+che\x27wani\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://chewani.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://chewani.blogspot.com/\x26vt\x3d-7959652373651749647', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
25.5.08 3:09 PM

Dua minggu aku tak balik.
Sebab aktiviti-aktiviti maktab yang sengaja diada-adakan.
Bila aku balik,
rumah aku sudah pun bertukar jadi hospital.
Dulu rumah aku ada tandas mudah alih.
Kemudian ada tongkat kaki tiga.
Lepas itu ada kerusi roda.
Sekarang ada katil hospital.

Ya, mak sudah jadi kurang upaya.

Aku dah lama tak buat itu semua.
Dua minggu,
aku tak ada untuk temankan mak di hospital.
Aku tak ada untuk tukar lampin dan cuci kencing berak mak.
Aku pun tak ada untuk ambilkan wudhuk mak,
untuk pakaikan telekung mak,
untuk lapkan badan mak,
untuk hidangkan makan minum mak,
untuk tidur dekat dengan mak supaya di malam-malam yang sunyi mak boleh panggil anak-anak mak dengan senang dan tolong mak apa-apa yang perlu.

Dua minggu aku tak ada.
Baru dua minggu.

Bila aku balik,
balik pula dengan hati yang resah dan rawan dan letih dan lelah dan hati aku rasa sangat-sangat penat tak berdaya untuk buat apa-apa,
banyak yang dah berubah.

Tukar lampin mak bukan macam dua minggu lalu yang sepanjang waktu itu aku anak mak yang paling pakar.
Ubat mak juga bertambah berbiji-biji lagi.
Berat mak juga berkurang berkilo-kilo lagi.
Kudrat mak pun berkurang berkederat-kederat lagi.

Mak jadi garang.
Bila aku salah, bila aku tak tahu hendak buat apa, bila aku terpinga-pinga, bila aku terkebil-kebil, bila aku tertanya-tanya,
bila aku dekat.
Orang sakit memang emosi.
Orang berusia memang cepat terasa hati.
Marah tanda sayang.
Merajuk tanda sayang.
Aku pujuk hati,
supaya air mata tak jatuh satu-satu atas cadar katil mak,
supaya mak tak tahu aku makan hati,
supaya mak nampak anak mak yang paling lemah-lembut ini tetap keras kepala.
supaya mak tak tahu hati anak mak yang balik sekali-sekala ini sebenarnya sedang terluka.
cukuplah mak dengan sakit mak.
mak tak perlu tahu sakit aku.
mak tak perlu jaga perasaan aku.
cukuplah aku yang menjaga perasaan mak.
cukuplah kalau mak tahu yang anak-anak mak sayangkan mak.


-che'wani-


-waktu malaya-



-che'wani-

23 Mac 1983
Kuala Lumpur

perempuan
melayu
terakhir

-coret coret-

~Perjalanan Yang Jauh~


Jauh di seberang sana masih tidak kelihatan,
Walaupun telah lama kuredahi denai beronak duri ini,
Usah lagi dikira parut luka dan calar di atas tubuhku,
Tidak sekelumit pun bara cita-citaku kan padam.


Mana dia? Mana dia penghujung perjalanan ini?
Telah kuredah dan tempuh masih belum temui,
Tegukan kejayaan cuma menghilangkan sekelumit dahaga,
Sedangkan haus yang kurasa makin menyala-nyala.


Aku menukar dari satu jalan ke jalan lain,
Namun telah kupastikan dulu ia lurus tidak berliku,
Namun samada di sana atau di sini,
Duri tajam tetap menembusi tubuhku.


Apa kau kira jalanmu kan lebih mudah?
Ditendang digoncang takkan goyah?
Tidak! Nescaya jalanmu kan lebih berliku,
Teruskanlah asal jangan jatuh selalu.


Jauh lagi perjalanan kita,
Entah separuh pun masih belum tiba,
Aku belum tamat dan begitu juga dirimu,
Namun kuharap kita kan tetap bertemu,
Di penghujung rindu..



Muhsin Ramli,
11 Feb 1999.



-cakap cakap-






-catatan-

"Because you a teacher, you must also be a lifelong student."

"Touch your students' heart, and you will win their minds."

"Be kind to your students and they will learn kindness."

"Things never go so well that one should have no fear nor so ill that one should have no hope."